PENGENALAN ABJAD MALAYSIA


-ADA 18 CAWANGAN BERDAFTAR DISELURUH MALAYSIA

-TUJUAN MEMPERKENALKAN SERTA MENGHIDUPKAN LATIHAN PERTAHANAN DIRI YANG BERTERASKAN (BERDASARKAN)AQIDAH ,SYARIAT,AKHLAK,JIHADUL BINNAFSI DAN JIHADU BIL MAL

-KERANA MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM,MARUAH DIRI ORANG ISLAM,KETURUNAN ORANG ISLAM,HARTA ORANG ISLAM,NEGARA UMAT ISLAM.

-TIDAK TERIKAT DENGAN MANA-MANA SATU SUSUNAN WIRID YANG DINAMAKAN THARIQAH(TAREKAT).

-BERPEGANG TEGUH KEPADA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH ALIRAN SYEIKH ABU HASSAN ASYAARI DAN SYEIKH ABU MANSUR MATURIDI.

-BERAMAL DENGAN FIQH MUKTABAR IMAM AS-SYAFIE DAN TIDAK MENOLAK FIQH IMAM MALIKI,HANAFI DAN HAMBALI.

-AKHLAK ATAU SUFI MUKTABAR IMAM JUNAID AL-BAGHDADI,IMAM AL-GHAZALI,IMAM SYA'ARANI,IMAM QUSYAIRI DAN ULAMA '
MUKTABAR SEUMPAMA MEREKA.

-MENOLAK DENGAN TOLAK YANG PUTUS DILIDAH,ANGGOTA DAN HATI DALAM HIDUP DAN KEHIDUPAN 72 PUAK YANG SESAT DALAM AQIDAH.

-MENOLAK 2 PUAK BIDA'AH DALAM FIQH MUKTABAR
a)BIDA'AH DHOLALAH KAROHAH YANG JADI FASIQ
b)BIDA'AH DHOLALAH HARAM YANG JADI MURTAD

-MENOLAK 13 PUAK SUFI ZINDIK IAITU PUAK YANG PURA-PURA MENGAKU DIRI DALAM BERAMAL DENGAN AKHLAK SUFI MUKTABAR.

-MENGIKAT KUKUH LIDAH,ANGGOTA DAN HATI HANYA KEPADA ALLAH DALAM UBUDIYYAH DAN MINTA TOLONG.

-MENOLAK KUFUR MAKSIAT ,MENJANA IMAN DAN TAAT.

-MENZAHIR PEMUDA PEMUDI YANG BERIMAN DAN SANGGUP MENERIMA SERTA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH.

PIMPINAN SILSILAH ILMU DAN AMAL PERTUBUHAN ABJAD MALAYSIA

PIMPINAN SILSILAH ILMU DAN AMAL PERTUBUHAN ABJAD MALAYSIA

Thursday, April 8, 2010

PROGRAM ZIARAH DAN TAZKIRAH


  • Pada 9hb - 11hb April 2010 ini satu Program Ziarah Dan Tazkirah ABJAD MALAYSIA Sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran ABJAD PERAK akan diadakan di kawasan Perkhemahan Ulu Chepor Ipoh Perak
  • Antara program adalah seperti majlis buang saka, tazkirah & ceramah agama, persembahan & pertandingan silat, pentandingan nasyid, pameran ajaran sesat dan khurafat, perubatan serta kaunseling.
  • Sahabat2 Ahli ABJAD & Ahli Warga MELAYU....MUSLIMIN dan MUSLIMAT awam semua dijemput hadir.

0 comments:

GARIS PANDUAN MENGENALI AJARAN SESAT

GARIS PANDUAN MENGENALI AJARAN SESAT,SAMADA PADA MANA-MANA INDIVIDU MAHUPUN PERTUBUHAN YANG BOLEH MENJADI KUFUR ATAU MURTAD DAN BIDA'AH DHOLALAH

1. JAHIL MURAKAB
2. JAHIL BASIT
3. RAB'ATUL A'DI
4. TAQLIDUR RA'DI
5. TAHSINUL AQLI
6. TANASIKHUL ARWAH
7. IKTIQAD WAHDATUL WUJUD
8. HULULIAH
9. JAHIL QAWAID SYAR'IYYAH DAN BAHASA ARAB

PENJELASAN

JAHIL MURAKAB:
Menerima dan beramal sesuatu yang baik dengan tidak berbetulan sasarnya atau perkataan dan perbuatan yang tidak bertepatan dengan Aqidah,Syariat dan Akhlak.Apalagi melakukan perkara yang menyalahi Aqidah,Syariat, Akhlak,Jihadul Binnafsi dan Jihadul Bil Mal.

JAHIL BASIT:
Degil atau keras hati di dalam menerima ilmu dan amal yang baik sehingga diberitahu berita gembira atau takut sama sahaja tiada kesan apalagi menerima dan melaksana sesuatu yang benar menurut Aqidah,Syariat , Akhlak,Jihadul Binnafsi dan Jihadul Bil Mal.

RAB'ATUL A'DI:
Berpegang teguh pada hukum adat dalam hidup dan kehidupan dengan menolak semua hukum syarak dan hukum akal.

TAQLIDUR RADDI:
Ikut membabi buta tanpa merujuk hukum Syarak dan hukum akal.

TAHSINUL AQLI:
Mengikut kebijaksanaan pemikiran dengan menolak hujjah Al-Quran,Hadith,Ijma'Ulama dan Qias dalam bab Aqidah,Syariat,Akhlak,Jihadul Binnafsi dan Jihadul bil Mal

HULULIAH:
BerIKTIQAD bahawa Zat Allah menjelma di dalam alam,seperti pegangan Yahudi iaitu Zat Allah menjelma menyerupai Uzair A.S.

TANASIKHUL ARWAH:
BerIKTIQAD bahawa roh para wali-wali,para nabi-nabi atau malaikat menjelma masuk (menyelap) dalam diri seseorang itu sehingga terzahir kelebihan kononya sebagai membuktikan kebenarannya.

IKTIQAD WAHDATUL WUJUD:
BerIKTIQAD bahawa Zat Allah menjelma pada mana-mana tempat di dalam diri dan bersatu dalam roh sehingga dikala itu boleh mengaku sebagai TUHAN yakni (ALLAH) maka individu yang berfahaman ini akan meninggalkan syariat,menghalalkan yang haram dan terlepas dari taklif syarak.Umpamanya,nikah batin,sembahyang hanya dengan niat sahaja dan lain-lain.

JAHIL QAWAID BAHASA ARAB:
Menghuraikan Al-Quran,Hadith dan kitab-kitab Ulama' dengan jahil kaedah Bahasa Arab dan Jahil Qawaid Syar'iyyah.